suria

Polis Akan Siasat Kenyataan Berbaur Hasutan Di FB

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan tegas dan segera akan diambil terhadap pemilik laman Facebook menggunakan nama 'Dato Jamal Yunos' yang memuat naik kenyataan berbaur hasutan berhubung Perhimpunan Bersih 5.0.

"Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas dan segera," katanya dalam akaun Facebook miliknya pada Ahad malam.

Beliau berkata demikian terhadap status menghasut yang didakwa dimuat naik oleh Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunus.

Pada 21 September lepas, pukul 8.10 malam, Jamal dalam akaun Facebook dipercayai miliknya, dikatakan memuat naik status berbunyi: "Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan  perhimpunan#Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu !". 

Bagaimana pun Jamal menafikan memuatnaik kenyataan tersebut dari akaun Facebooknya.

"Akaun tak betul. Laporan polis akan dibuat ," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain