PETALING JAYA: Umno tidak terlibat dengan sebarang kegiatan kumpulan anti-Bersih yang mengasari wartawan yang membuat liputan konvoi Bersih 5.0 pada Sabtu, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. "Kami tidak terlibat dengan mereka," kata Setiausaha Agung Umno menerusi mesej kepada The Star Online pada Ahad. Beliau berkata, tiada ada pihak yang sepatutnya bertindak sendiri dan sepatutnya mematuhi undang-undang. "Patuhi undang-undang. Kita bukannya ditadbir oleh undang-undang rimba. "Saya harap polis dapat ambil tindakan terhadap pihak yang bertindak sendiri," katanya. Tengku Adnan berkata, rakyat negara ini seharusnya menjalani kehidupan dengan semangat perpaduan dan kepelbagaian. Dalam kejadian petang Sabtu di Kuala Selangor itu, wartawan The Star antara yang dikasari kumpulan anti-Bersih di depan sebuah pasaraya ketika membuat liputsan konvoi Bersih 5.0. Wartawan berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Selangor. Susulan itu, tiga penyokong anti-Bersih ditahan setakat ini. Setakat ini, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan bertindak terhadap beberapa suspek lain. Kes berkenaan disiasata mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana jenayah mengugut.