KUALA LUMPUR: Keadaan huru-hara berlaku di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjelang perhimpunan agung tahunan MIC. Dua puak yang bertelagah - satu kumpulan yang menyokong presiden sekarang iaitu Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan satu kumpulan lagi adalah penyokong bekas presiden, Datuk Seri G. Palanivel mula menjerit dan membaling botol terhadap satu sama lain pada pagi Ahad. Ratusan ahli dari kedua-dua belah pihak memenuhi kawasan pintu masuk di luar Menara Dato' Onn dengan membawa sepanduk. Keadaan ini bagaimanapun berjaya dikawal anggota polis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.