suria

Lima Pelajar Sesat Di Gunung Berembun Ditemui Selamat

Gunung Berembun

SEREMBAN: Lima pelajar lelaki sebuah kolej perubatan yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Berembun di sini ditemui selamat awal pagi Isnin.  

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris berkata, kelima-lima pelajar terbabit dijumpai sekitar pukul 1.30 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada pukul 11.30 malam tadi. 

"Mereka sesak kerana turun lewat selepas mendaki gunung itu pada semalam (Ahad), selain kekurangan cahaya lampu suluh. Kesemua mereka selamat dan kita berjaya membawa mereka keluar dari situ dan tiba di kaki gunung pada pukul 3 pagi tadi. 

"Ketika dijumpai, kesemua mereka yang berumur 20-an dalam keadaan lemah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.  

Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 malam dan tiba di lokasi bersama 10 anggota 20 minit kemudian.

Turut sama menyertai operasi ialah Polis Diraja Malaysia, pasukan Storm, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Bomba Sukarela. - Bernama

Gunung Berembun, Pelajar sesat

Artikel Lain