suria

Diskaun Bayar Balik PTPTN Sehingga 15 Peratus

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan insentif berbentuk diskaun sehingga 15 peratus kepada peminjam pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menggalakkan golongan itu membuat bayaran balik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, insentif tersebut berkuat kuasa pada 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.

"Diskaun 15 peratus di atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman pendidikan itu.

"Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

"Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau 'direct debit' mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan," katanya semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, petang Jumaat.

Bajet 2017 membabitkan peruntukan RM260.8 bilion iaitu RM214.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM46 bilion untuk belanja pembangunan.

PTPTN, Bajet 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kadar BR1M Naik Tahun Depan

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan