KLUANG: Wakil rakyat pembangkang memalukan diri sendiri apabila bertindak keluar dari Dewan Rakyat semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, tindakan pembangkang tersebut adalah tidak matang dan memalukan. "Di saat seluruh dunia memberi tumpuan dan memerhatikan Bajet, ahli parlimen pembangkang keluar dari Dewan Rakyat. "Tindakan mereka adalah tidak wajar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara semasa bajet dibentangkan," kata naib presiden Umno di sini, Ahad.