Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata khidmat kaunseling itu juga akan diberikan kepada pesakit lain di HSA.
"Setakat ini empat pakar kaunseling daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ditugaskan untuk memberi khidmat kaunseling kepada waris mangsa dan pesakit yang terselamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Bilik Mayat HSA.
Selain itu, beliau berkata jika perlu, pihaknya juga akan menghantar kaunselor profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia.
Dalam kebakaran hampir pukul 9 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA, enam pesakit wad itu maut manakala seorang lagi berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.