PETALING JAYA: Kawasan Bangsar yang menjadi tumpuan ramai, bermula dari Bangsar Shopping Centre sehingga Mid Valley, kini terputus bekalan elektrik. Ramai telah menulis di Twitter untuk menyuarakan kekecewaan mereka, bersama 'hashtag' #BangsarBlackout bagi berkongsi pengalaman masing-masing. Eksekutif Kanan Pelanggan Jason Lioh menulis tweet: "Sedang menonton filem di @GSCinemas Mid Valley ketika #BangsarBlackout berlaku." Datin Paduka Marina Mahathir adalah salah seorang daripada mereka yang terlibat dengan gangguan bekalan elektrik itu, yang telah berlaku selama lebih satu jam sehingga laporan ini ditulis. "Rumah saya gelap, seluruh jalan gelap," kata aktivis sosial itu yang berada di rumahnya di Bangsar apabila kuasa elektrik terpadam.