suria

Litrak Tawar Diskaun 20 Sen Di Sprint, 60 Sen Di LDP Sempena Deepavali

KLANG: Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) menganggarkan 530,000 pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sprint akan menikmati diskaun sempena perayaan Deepavali, pada 29 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi berkata kadar diskaun sebanyak 60 sen akan diberikan kepada pengguna LDP, manakala 20 sen bagi Sprint untuk  semua kelas kenderaan.

"Pemberian diskaun ini akan bermula pada 12.00 pagi sehingga 11.59 malam," katanya.

Tambah Sazally, inisiatif yang diperkenalkan pada 2010 ini mendapat sambutan seramai 14.1 pengguna jalan raya sehingga akhir tahun lepas. 

"Sejak beberapa tahun lalu, kami sudah berikan diskaun kepada 14.1 pengguna, bersamaan dengan RM8.5 juta melibatkan pelbagai musim perayaan," katanya.

Inisiatif berterusan Kumpulan Litrak ini bermatlamat untuk memudahkan pengguna lebuh raya meraikan sambutan perayaan di negara ini.

Litrak, Deepavali, LDP, Sprint

Artikel Lain