suria

Melancong Ke Taiwan Bersama Maria Tunku Sabri, DJ Raifa

KUALA LUMPUR: Melancong ke Taiwan akan lebih ceria dengan kehadiran dua personaliti, Maria Tunku Sabri dan DJ Raifa yang memiliki keserasian dan keistimewaan masing-masing.

Pakej pelancongan menarik ini ditawarkan syarikat pelancongan, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd (Ziarah Harmoni).

Pengurus Besar Bahagian Muslim Ziarah Harmoni, Murni Zainudin berkata dua ikon ini sesuai untuk  memperkenalkan Taiwan dengan cara yang mudah.

“Semestinya keserasian kedua ikon ini merupakan salah satu sebab mereka dipilih. Selain itu, kehadiran Maria Tunku Sabri yang merupakan bekas hos program Jalan-Jalan Cari Makan dapat menghilangkan keraguan pelancong untuk mendapatkan makanan halal di sana,” jelasnya.

Pakej pelancongan enam hari lima malam bermula 13 Disember ini menawarkan harga berpatutan lebih-lebih lagi bulan itu merupakan musim puncak untuk melancong.

“Pakej berharga RM3,599 ini termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan hotel bertaraf tiga hingga empat bintang dan makanan halal. Ia adalah pakej berpatutan berbanding pakej lain,” katanya.

Pendaftaran bagi pakej ini akan tamat akhir November ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan yang ditawarkan ini boleh layari www.ziarahharmoni.com atau hubungi talian 03-2142 9266.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan