Setiausaha agung parti, Loretto Padua Jr berkata angka itu adalah permohonan keahlian dalam talian.
"Kami sedang dalam proses meluluskan permohonan ini," katanya, Khamis, sambil menambah borang keahlian bercetak akan diedarkan tidak lama lagi.
"Kami terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Sabah ke arah Parti Warisan Sabah dan bersyukur kerana semuanya positif," katanya.
"Walaupun sedar dengan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong kami, kami perlu meneruskannya mengikut prosedur yang diperlukan oleh perlembagaan parti," katanya.
Warisan, katanya, telah menarik ramai rakyat Sabah kerana parti itu terdiri daripada campuran ahli politik berpengalaman dan baharu.
Parti Warisan Sabah adalah nama baharu bagi Parti Pembangunan Warisan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 2013.
Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan pertukaran nama dan logo parti.