Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata seramai 434,535 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada tahun ini.
Lembaga Peperiksaan mengingatkan calon agar merujuk kepada jadual peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
Calon-calon juga perlu membawa kad pengenalan ke semua pusat peperiksaan.
Jadual peperiksaan boleh dimuat turun di http://lp.moe.gov.my.