suria

Polis Nafi Dakwaan Kes Culik Kanak-Kanak Di Muar

JOHOR BARU: Pihak polis menafikan wujud cubaan menculik seorang kanak-kanak di Seri Tanjung, Bakri, dekat Muar, yang menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

"Ia hanya berita palsu dan tiada berlaku cubaan culik," katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran berita viral itu, sebaliknya, memeriksa kesahihan sesebuah maklumat dengan pihak polis terlebih dahulu.

Pada Jumaat, tersebar viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApps bahawa seorang datuk berjaya menyelamatkan cubaan culik cucunya di hadapan rumahnya. - BERNAMA

culik, Muar, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain