suria

Harga Bahan Api Naik 15 Sen

PETALING JAYA: Harga bahan api akan menyaksikan peningkatan sebanyak 15 sen pada November ini.

Harga runcit petrol meningkat sebanyak 15 sen dengan RON95 pada RM1.95 seliter dari RM1.80 sebelum ini, manakala RON97 meningkat kepada RM2.30 seliter (berbanding RM2.15).

Diesel pula naik 15 sen kepada RM1.90 seliter dari RM1.75.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia Nor, Manshor Abdul Ghafar kepada The Star Online.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan sistem apungan sejak 1 Disember 2014, berikutan pemansuhan subsidi bahan api.

Artikel Lain