Sekurang-kurangnya 50 buah rumah telah ditenggelami air, meletakkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersiap sedia untuk melakukan pemindahan.
Di Batu Maung, sekurang-kurangnya 20 buah rumah telah dinaiki air sejak jam 3 pagi sehingga mencecah paras satu meter.
Pegawai Operasi JPAM Pulau Pinang Leftenan Muda Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, 10 anggota telah dihantar ke kawasan yang terjejas.
Banjir dipercayai berpunca dari longkang tersumbat akibat kerja-kerja menaiktaraf di projek kediaman di sepanjang kawasan Bayan Lepas-Batu Maung.
Kerja-kerja penarahan bukit untuk projek ini sudah berlarutan untuk beberapa ketika.