Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan malam Isnin, berkata kerja-kerja pembaikan paip air bocor itu sedang dijalankan dan dijangka siap tengah hari Selasa (1 Nov).
Untuk keterangan lanjut, pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan melalui aplikasi telefon bimbit pintar, "mySYABAS", www.syabas.com.my, atau laman Facebook, "Puspel Syabas" atau "Air Selangor".