suria

Harga Baharu Petrol Berdasarkan Harga Tinggi Minyak Pada Oktober

Datuk Seri Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Harga baharu Petrol bagi bulan November ditentukan berdasarkan harga minyak mentah Oktober, menurut Kementerian Kewangan, menolak cakap-cakap bahawa harga tersebut tidak seiring dengan harga minyak global.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, harga baharu itu adalah berdasarkan purata wajaran harga minyak mentah global pada bulan Oktober.

"Jika anda lihat, harga minyak mentah dunia adalah tinggi pada bulan lepas jadi ia memberi kesan pada harga bulan ini.

"Jika harga minyak jatuh pada bulan ini, ia akan dapat dilihat pada bulan depan," kata Johari kepada The Star di Parlimen, Selasa.

Harga bahan api meningkat sebanyak 15 sen mulai 1 November dengan harga runcit petrol RON95 adalah RM1.95 seliter (dari RM1.80), RON97 RM2.30 seliter (dari RM2.15) dan diesel ke RM1.90 seliter dari RM1.75.

Johari berkata turun naik dalam kadar mata wang juga menjadi faktor dalam penentuan harga minyak petrol global.


"Ini juga perlu diambil kira. Kerajaan telah juga memberi subsidi 5 sen lagi bulan ini agar tidak membebankan orang ramai," katanya.

Artikel Lain