Semasa pemeriksaan, para pegawai ICA menemui kira-kira 360gram dadah jenis 'Ice' (methaphetamine), 2,999 pil Erimin-5, dan 260 pil Ecstasy daripada bahagian bawah tempat duduk sebuah motosikal yang berdaftar di Malaysia.
Penunggang motosikal lelaki dan pemboncengnya, kedua-duanya berumur 24 tahun, dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB), kata ICA dalam satu kenyataan.
Menurut ICA Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika jumlah methaphetamine yang diseludup melebihi 250gram.
Menurut ICA, agensi Home Team akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas penumpang dan kenderaan di pusat-pusat pemeriksaan bagi mencegah cubaan pihak tertentu untuk membawa masuk orang yang tidak diingini, ubat-ubatan, senjata, bahan letupan dan kontraban lain.