suria

Ibu Rantai Anak Mohon Maaf

Gambar budak perempuan yang dirantai di tiang menjadi viral di laman media sosial baru-baru ini.

PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dirantai kakinya di tiang lampu dekat apartmen kediaman mereka memohon maaf kepada orang ramai di atas perbuatannya itu.

"Saya mengaku merantai anak perempuan saya di tiang. Setiap kali selepas sekolah dia tidak pulang ke rumah, jadi saya perlu mencarinya. Ini berlaku lebih daripada tiga kali," kata wanita yang dikenali sebagai Lavanitha dalam satu rakaman video.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook oleh Siddhartha Kubason,  Lavanitha memohon maaf kepada orang ramai dan pengguna media sosial supaya tidak lagi mengeksploitasi isu tersebut.

Lavanitha berkata semua orang mengadu mengenai masalah disiplin serius membabitkan anak perempuannya itu bermula dari sekolah sehinggalah ke pusat tuisyen.

"Malah wanita yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk anak perempuannya turut mengadu dia amat degil. Jadi saya tiada pilihan lain. Saya terpaksa merantainya," kata Lavanitha.

Wanita itu berkata anak perempuannya itu akan berkelakuan baik selama tiga hingga empat bulan tetapi masalah disiplin akan tetap berulang.

ibu, rantai anak

Artikel Sebelum

Artikel Lain