suria

'I Eat Nasi Lemak' Tawar 40 Hidangan Terbaik

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 40 peniaga nasi lemak terbaik di hampir seluruh Semenanjung akan bergabung menerusi program I Eat Nasi Lemak pada Sabtu ini.

Program 10 pagi hingga 5 petang ini akan diadakan di Pusat Persidangan TM, Menara TM.

Antara peniaga nasi lemak yang terbabit termasuk dari sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor iaitu Nasi Lemak Ujang Corner; Lesung Batu Cafe; Nasi Lemak Habib, Batu Pahat dan Nasi Lemak Wanjor di Kampung Baru.

Pengunjung boleh ke masuk ke lokasi program secara percuma dan hanya dikenakan bayaran RM10 untuk  menikmati hidangan.

Kaunter penjualan kupon dibuka sepanjang tempoh program berlangsung serta di beberapa lokasi terpilih seperti D’Cengkih TTDI, Nasi Lemak Lesung Batu Putra Heights dan Ujang Corner Greenwood.

Pada 2013, hanya 10 peniaga nasi lemak turut serta memeriahkan majlis, namun tahun ini angka berlipat ganda dan menjadikan ia sebagai festival nasi lemak terbesar di dunia.



I Eat Nasi Lemak, Menara Telekom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain