suria

Empat Nelayan Didakwa Diculik Di Perairan Kinabatangan

GAMBAR HIASAN

KOTA KINABALU: Empat nelayan tempatan dikhuatiri diculik di perairan Kinabatangan pada Sabtu.

Komuniti nelayan tempatan mendakwa mereka yakin berlaku penculikan terhadap empat nelayan memandangkan pemilik bot yang hilang merupakan salah seorang daripada ahli persatuan itu.

Nelayan tempatan di situ turut mendakwa sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerang dua bot dan menculik kesemua empat nelayan itu ketika berada di antara perairan Mumiang dan Kertam kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid bagaimanapun tidak mengesahkan kejadian itu namun memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, polis masih mengumpul fakta dan tidak dapat mengesahkan jika ia adalah penculikan atau rompakan.

Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat berhubung kejadian itu namun Esscom telah memulakan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

culik, nelayan, Esscom

Artikel Sebelum

Artikel Lain