SEREMBAN: Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor terselamat dalam kejadian kemalangan di KM45 Jalan Seremban-Tampin di sini, malam Jumaat. Shaziman dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Melaka bersama empat yang lain di dalam sebuah kereta Toyota Vellfire apabila kereta jenis Proton Persona merempuh kenderaan dinaikinya beberapa kilometer sebelum tol plaza Simpang Ampat. Namun Ahli Parlimen Tampin itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Tiga lagi penumpang lain dan pemandunya yang cedera ringan dikejarkan hospital untuk rawatan lanjut.