suria

Wanita Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

JOHOR BAHRU: Operasi mencari dan menyelamat wanita  yang terjatuh ke dalam longkang setelah motosikal ditunggangi terlibat kemalangan berhampiran Flat Seri Stulang di sini semalam, dihentikan tengah hari ini berikutan penemuan mayat mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Ibrahim Omar berkata mayat Wee Chui Lee, 40, ditemukan terdampar di gigi air oleh pihaknya pada 11 pagi, kira-kira 500 meter daripada sebuah hotel di Bakar Batu, di sini.

"Sebelum itu, pencarian dilakukan mulai di lokasi kejadian hingga ke Sungai Tebrau meliputi jarak kira-kira lima kilometer," katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.

Semalam operasi tertumpu di sepanjang longkang di lokasi kejadian hingga ke muara Sungai Tebrau, katanya.

Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya. - BERNAMA

Lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain