suria

Jalan Ditutup Akibat Tanah Runtuh Di Teluk Bahang

Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan di Jalan Ujang Batu, Teluk Bahang.

GEORGE TOWN: Tanah runtuh yang berlaku di Jalan Ujang Batu di Teluk Bahang di sini menyebabkan laluan itu akan ditutup sepenuhnya.

Kejadian tanah runtuh pada kira-kira pukul 4.30 pagi Isnin itu berlaku susulan hujan berterusan yang mengakibatkan beberapa kawasan termasuk Jalan P Ramlee dan Jalan Masjid Negeri ditenggelami air.


Pelajar sekolah terpaksa dibawa dengan bot selepas Jalan P Ramlee ditenggelami air.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, polis telah menutup Jalan Ujang Batu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan untuk memotong dan membuang pokok-pokok dan tanah," katanya.

Tanah Runtuh, Teluk Bahang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain