Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri (PMO) Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menjelaskan bahawa kertas cadangan bagi tujuan itu telah ditarik balik dan telah dimaklum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersidang.
"Kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada 3 Nov bahawa cadangan itu telah ditolak Majlis Raja-Raja tidak timbul dan tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.