Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata kompaun yang dikeluarkan oleh pengendali trak tunda adalah tidak sah mengikut undang-undang sedia ada.
"Kawasan-kawasan yang ditakrifkan sebagai jalan awam seperti mana maksud Seksyen 2, Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah di bawah bidang kuasa polis, Datuk Bandar dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Pihak lain (melainkan di jalan atau bangunan milik persendirian) tidak boleh menjalan apa-apa bentuk penundaan dan pengalihan sebarang kenderaan di jalan raya awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya suspek didapati positif dadah dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan kerana peras ugut.