GEORGE TOWN: Laluan di kawasan penempatan mewah Puncak Bukit Mutiara, di Tanjung Bungah dekat sini dipenuhi batu, tanah dan pasir yang jatuh dari cerun tinggi sejak Isnin. Pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang gigih membersihkan kawasan tanah runtuh di Teluk Bahang pada Isnin, baru berkesempatan untuk membersihkan laluan itu pada Rabu. “Kami terdengar bunyi ada benda yang jatuh dan apabila meninjau kawasan sekitar mendapati tanah runtuh dan banyak batu memenuhi jalan,” kata seorang penduduk, Dr Sally Ong, 70. Kejadian sama sudah tiga kali berlaku dan melibatkan kedudukan cerun yang sama iaitu di depan kediaman Dr. Ong. Kali pertama ia berlaku adalah 20 tahun lalu sebelum ianya berulang selepas 10 tahun. Menurutnya, terbaru ia berlaku pada Isnin adalah iaitu hari yang sama kejadian tanah runtuh dan runtuhan jalan di Jalan Teluk Bahang- Batu Feringghi. Tinjauan The Star mendapati adanya saki baki tanah, pokok kecil dan tumbuhan yang masih berpaut di kawasan kejadian. Dr Ong berharap pihak berkuasa akan memulakan kerja penyelenggaran secepat mungkin bagi mengelak kejadian sama berulang.