suria

Tidak Timbul Isu Gaji Rakyat Malaysia 'Stagnant' - Richard Riot

Richard Riot.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sentiasa membuat kajian semula Perintah Gaji Minimum (PGM) setiap dua tahun bagi memastikan dasar gaji minimum selaras dengan kedudukan ekonomi negara.

Menterinya Datuk Seri Richard Riot berkata tidak timbul isu gaji median (penengah) rakyat di negara ini 'stagnant' atau tidak berubah jika mengambil kira kadar inflasi negara.

"Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji penengah dan upah bulanan pekerja di Malaysia tahun lepas meningkat 6.5 peratus setahun kepada RM1,600 berbanding RM1,500 pada 2014.

"Purata gaji dan upah bulanan rakyat Malaysia pula meningkat 5.3 peratus kepada RM2,312 pada 2015 berbanding RM2,193 pada tahun sebelumnya," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini Rabu.

Ahmad bertanya usaha kerajaan melonjakkan gaji pekerja kerana dilaporkan gaji median pekerja 'stagnant' dan menurun jika mengambil kira kenaikan kadar inflasi negara.

Menjelas lanjut, Riot berkata kadar inflasi Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia juga menurun pada kadar 1.6 pada tahun ini berbanding 2.1 pada tahun lepas. - BERNAMA

gaji stagnant, Richard Riot

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain