PETALING JAYA: Satu kebakaran berlaku di sebuah bangunan kedai, dipercayai premis menjual perkakas elektrik di Jalan SS2/30 di sini, Sabtu malam.
Seorang jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mereka menerima panggilan mengenai insiden di bangunan kedai dua tingkat pada kira-kira pukul 7.40 malam.
Setakat pukul 9.15 malam, pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran di tempat kejadian.
Menurut jurucakap, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.