suria

Dakwaan 'Jual' Kertas Peperiksaan SPM, Laporan Polis Akan Dibuat - Mahdzir

Mahdzir Khalid.

LUMUT: Lembaga Peperiksaan Malaysia akan membuat laporan polis berhubung dakwaan dalam laporan berita mengenai sebuah sindiket terlibat dalam penjualan kertas peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2016.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian itu memandang serius dakwaan tersebut dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar terbabit sekiranya dakwaan itu terbukti palsu.

"Ini adalah satu perkara serius. Saya menggesa pihak polis menyiasat supaya kita boleh mendakwa mereka yang membuat dakwaan tersebut.

"Setakat ini, tiada perkara seperti itu (sindiket seperti yang didakwa)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan pada Isnin.

Pada Ahad, satu laporan berita mendakwa kewujudan sebuah sindiket 'menjual' kertas peperiksaan SPM 2016 dan beberapa pegawai kanan kementerian tersebut terlibat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain