PASTINYA ada diantara anda yang berpeluang menikmati fenomena bulan penuh perigee atau Supermoon serta berkongsi detik menarik dengan memuatnaik gambar itu di laman sosial. Bagaimanapun rata-rata pengunjung yang memenuhi beberapa lokasi di sekitar ibu kota pada Isnin malam kecewa berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Awan tebal, mendung dan berkabus menghalang mereka untuk melihat fenomena alam yang dijangka berlaku lagi pada 2034. Ikuti laporan yang disediakan wartawan mStar Online, Azlina Mazli.