Beliau berkata calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
"Kita tidak boleh membandingkan analisis UPSR 2016 daripada tahun lalu kerana ini merupakan kohort pertama yang mengikuti KSSR," katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2016 di Kementerian Pendidikan di sini, Khamis.
Dr Khair berkata seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C).
Gred Purata Nasional (GPN) UPSR 2016 merekodkan 2.96 mata, katanya.