PETALING JAYA: Polis menyerbu pejabat Bersih di sini, petang Jumaat. Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Mandeep Singh di Twitter berkata: "Bukit Aman di pejabat kami. Mahu rampas semua barang. Ia adalah serbuan di bawah 124C." Seksyen 124c merujuk kepada cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan sekiranya disabitkan, hukuman penjara sehingga 15 tahun. Bersih akan mengadakan perhimpunannya yang kelima di Kuala Lumpur pada Sabtu bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.