suria

7,000 Polis Kawal Himpunan Bersih 5

Noor Rashid Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 7,000 anggota polis akan bertugas pada perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Merah di ibu negara pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis juga bersedia untuk bertindak jika ada peserta perhimpunan yang melanggar undang-undang dan ingkar arahan polis.

"Tujuh ribu anggota polis akan turun ke padang bagi memastikan tiada sebarang ancaman atau perkara tidak diingini berlaku esok," katanya kepada pemberita pada majlis prebiu dan pelancaran buku 'Coffee Table' PDRM di sini, Jumaat.

Beliau berkata, tanggungjawab polis adalah untuk memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan menegakkan undang-undang yang ada di negara ini. 

"Kami akan jalankan tanggungjawab sebagai anggota polis dan saya seru agar sebaiknya orang ramai tidak terlibat dengan mana-mana pihak pada perhimpunan esok," katanya. 

Dalam pada itu, polis trafik dalam satu kenyataan di sini menyebut 58 jalan utama di beberapa lokasi sekitar Dataran Merdeka akan dilencongkan manakala 12 laluan ditutup bermula pukul 7 pagi hingga perhimpunan selesai pada Sabtu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain