suria

Umno Selangor Tidak Boleh Halang Anggotanya Sertai Himpunan Sabtu - Noh

Noh Omar.

PUTRAJAYA: Umno Selangor tidak berhak menghalang anggotanya untuk menghadiri perhimpunan di ibu negara pada Sabtu, jika kehadiran itu adalah atas kapasiti sendiri dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, kecuali larangan menjadi anggota kepada parti lain, Perlembagaan Umno jelas menyatakan anggotanya bebas menyertai mana-mana pertubuhan atau mengetuai sesuatu NGO.

"Perkara ini perlu diasingkan, perlu difahami dan dibezakan antara anggota parti politik dengan ahli kepada sesuatu pertubuhan.

"Dalam hal ini kita (Umno Selangor) jelas, betul Datuk Seri Jamal Yunos ialah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar tetapi dalam masa yang sama dia juga menjadi ketua dalam NGO (Kumpulan Baju Merah)," katanya.

Noh berkata demikian dalam sidang media ketika ditanya apakah Umno Selangor membenarkan anggotanya menyertai perhimpunan itu, sama ada mewakili Bersih atau kumpulan Baju Merah, selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Persekitaran Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di kementeriannya di sini, Jumaat.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, beliau hanya mempunyai hak dan kuasa untuk menghalang Jamal selaku ketua kumpulan Baju Merah, sekiranya cuba mengheret atau memaksa anggota Umno bersama-samanya menyertai perhimpunan tersebut.

"Tetapi kalau sekadar kata ada anggota Umno yang menjadi ahli kepada NGO diketuai Jamal, saya tidak boleh halang sebab mereka pergi atas kapasiti sebagai anggota NGO, bukan anggota parti, ini yang kita perlu jelas, katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kementerian dan Alam Flora Sdn Bhd akan membuat tuntutan kepada Bersih dan kumpulan Baju Merah selaku penganjur ke atas kos pembersihan sampah sarap yang ditinggalkan peserta di lokasi perhimpunan. 

Apabila kuantiti sampah terlalu banyak tentunya kos penyelenggaraan dan kutipan oleh syarikat konsesi akan meningkat dan bil bagi setiap kos itu akan dihantar kepada penganjur selepas penilaian dibuat, katanya.a ke MNKT. - Bernama

Artikel Sebelum

Jamal Tak Muncul Lagi

Artikel Lain