suria

Lebih Ramai Pemimpin Bersih, Baju Merah Akan Ditahan - Ahmad Zahid

BAGAN DATOH: Polis dijangka menahan lebih ramai pemimpin Bersih 5 dan Baju Merah serta pihak yang bersekongkol dengan kedua-dua kumpulan itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan mendedahkan senarai nama suspek kerana aspek penguatkuasaan adalah dalam bidang kuasa Ketua Polis Negara.

"Jika kita dapati ada di kalangan mereka melanggar undang-undang, bukan sahaja ditahan, malahan mereka akan didakwa," kata Ahmad Zahid kepada media di sini, Sabtu.

Perhimpunan Bersih 5 berlangsung di beberapa lokasi di seluruh negara walaupun pengerusinya, Maria Chin Abdullah dan pengurus sekretariat, Mandeep Singh ditahan pada Jumaat.

Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos juga ditahan pada kira-kira pukul 1.30 pagi, Sabtu.

Ahmad Zahid menegaskan, penahanan pemimpin kumpulan itu tidak seharusnya dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa di pihak polis seperti didakwa netizen.

"Kenapa pula ia dianggap salah guna kuasa? Kami bukannya menahan pemimpin untuk perhimpunan ini sahaja.

"Lebih ramai pemimpin Baju Merah akan ditahan sepanjang perhimpunan berlangsung," katanya.



Artikel Sebelum

G25 Sertai Perhimpunan Bersih 5

Artikel Berikut

Tun M Menuju Dataran Merdeka

Artikel Lain