suria

Lapan Ditahan Sebelum Demo Bersih Akan Dibebaskan

PETALING JAYA: Lapan individu yang ditahan sebelum perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung pada Sabtu dijangka akan dibebaskan Ahad.

Mereka ialah Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh; pemimpin DAP, Ronnie Liu; Jimmy Wong dan Lee Khai Meng, Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan, dan aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhammad Safwan Anang.

"Mereka baru tiba di Dang Wangi (ibu pejabat polis) jadi ada beberapa prosedur perlu dilakukan sebelum mereka dibebaskan," kata peguam mereka, Melissa Sasidaran kepada The Star Online.

Beliau berkata mereka pasti akan dibebaskan pada Ahad kerana tempoh reman akan berakhir dan polis tidak memohon untuk melanjutkan perintah itu.

Bersih 5

Artikel Lain