suria

Audit: Kerajaan Lebih Belanja RM2.92 Juta Dalam Subsidi Minyak Masak

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahkan kelemahan dalam pengurusan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) menyebakan kerajaan membayar tambahan RM2.92 juta dalam bentuk subsidi.

Menurut laporan itu, setakat April 2016, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah meluluskan kuota minyak masak setiap bulan berjumlah 2.169 tan metrik bagi 25 kilang penapis dan 241 syarikat pembungkusan.

"Jumlah subsidi yang dibayar untuk tempoh dari 2013 hingga April 2016 adalah RM2.388 bilion," menurut laporan itu.

Laporan tersebut memaklumkan bahawa kuota pembungkusan sementara diberikan kepada 10 kilang penapis minyak sawit dan lapan syarikat pembungkusan tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kuota sementara ini berlanjutan antara sembilan hingga 12 bulan.

"Sehingga April 2016, kelulusan kuota pembungkusan sementara menyebabkan had kuota maksimum berlebihan antara 64 hingga 464 tan metrik sebulan.

"Oleh itu, terdapat peningkatan dalam perbelanjaan subsidi kerajaan yang dianggarkan RM2.92 juta," jelas laporan ketua audit negara yang dikeluarkan pada Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anak Tumbuk Bapa Ditahan

Artikel Lain