Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, sehingga kini terdapat 16 UTC dibina di seluruh negara sejak ia dilancarkan pada 2012 dengan kos sebanyak RM504 juta.
UTC diwujudkan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta kepada masyarakat dengan merekodkan seramai 37,739,965 pelanggan sejak 2013 sehingga September 2016.