Maria, 60, memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi melalui Tetuan Daim & Gamany. Tiga anak lelakinya, Azumin Mohamad Yunus, Aziman dan Azemi turut hadir di mahkamah.
Dalam notis yang dikemukakan, Maria memohon perintah pembebasan serta-merta untuk pendengaran permohonan dan tidak tertakluk kepada sebarang sekatan di bawah Sosma.
Azumin, 23, memberitahu sidang akhbar bahawa penahanan ibunya adalah tidak adil dan berharap beliau akan diberi akses kepada perubatan.
"Saya melihatnya pada hari Ahad dan dia kelihatan letih," katanya.
Maria ditahan oleh polis pada Jumaat sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih.