Mereka juga menuntut supaya hak-hak Ahli Parlimen ditegakkan, berikutan tindakan terhadap beberapa ahli Parlimen yang dituduh melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) baru-baru ini.
Kumpulan itu, yang diketuai Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani), memulakan perarakan pada pukul 9.45 pagi, memegang sepanduk, plakad dan melaungkan slogan seperti 'Bebas Maria' dan 'Tolak Sosma'.
Ahli Parlimen lain yang turut mengambil bahagian ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna), Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan.