suria

Malaysia Gesa Pembersihan Etnik Rohingya Dihentikan

PETALING JAYA: Wisma Putra memanggil Duta Myanmar ke Malaysia untuk meminta penjelasan berhubung keganasan di Rakhine yang mengakibatkan ramai nyawa penduduk Islam Rohinyga terbunuh dan beribu-ribu mangsa lagi menjadi pelarian.

Kabinet pada Jumaat mengadakan persidangan bagi membincangkan situasi di Rakhine dan mengarahkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk bertemu dengan Menteri Luar dan Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dengan segera.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra pada hari yang sama, Malaysia mengutuk keganasan yang berlaku di negara itu dan menggesa semua pihak terlibat agar memburukkan lagi keadaan.

Duta Myanmar U Zaw Myint bertemu dengan Timbalan Setiausaha Agung (1) Kementerian Luar, Datuk Shahrul Ikram Yakob pada Jumaat.

"Malaysia turut menggesa Kerajaan Myanmar semua tindakan yang perlu untuk menjelaskan tentang dakwaan berlakunya pembersihan etnik di Rakhine," ujar Kementerian Luar.

Sementara itu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan perhimpuan di luar Bangunan Tabung Haji bagi membantah keganasan terhadap etnik Rohingya.

Artikel Berikut

Artikel Lain