PETALING JAYA: Penduduk termasuk peniaga di Taman Idaman, Serendah berharap kejadian tanah runtuh yang berlaku tidak lagi berulang. Ketika ini kerja-kerja pemulihan di kawasan itu sedang giat dijalankan. Mereka yang terlibat dalam kejadian itu mengharapkan agar proses pemulihan tidak mengambil masa lama bagi membolehkan kehidupan harian dapat berjalan seperti biasa. Ikuti tinjauan mStar Online terhadap penduduk dan peniaga setempat susulan kejadian tanah runtuh pada awal pagi Sabtu. Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, seorang penduduk cedera, sebuah gerai makan rosak dan 10 kenderaan terjatuh.