PETALING JAYA: Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Seksyen 4 di sini diserbu pihak polis pada Isnin. Menurut Twitter pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, sekumpulan 10 pegawai polis tiba di pejabat Empower kira-kira pukul 1 tengah hari dan mengunci diri mereka dari dalam. Menurut mereka tiada sebab diberikan berhubung serbuan itu. "Polis tidak membenarkan peguam ke pejabat kami dan telah menutup semua tingkap dengan kertas supaya orang luar tidak dapat melihat apa yang mereka lakukan," kata NGO itu menerusi Twitter. Empower adalah sebuah badan bukan kerajaan tempatan yang memperjuangkan keadilan dan demokrasi.