suria

Wartawan Kanan Sukan Maut Dalam Kemalangan

KOTA KINABALU: Wartawan kanan sukan New Sabah Times, Frederick Charles Leong meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja pada petang Selasa.

Difahamkan wartawan berusia 64 tahun itu mengalami serangan jantung selepas terlibat dalam kemalangan ketika sedang memandu kereta pacuan empat roda miliknya kira-kira pukul 4.30 petang Selasa.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, Leong dipercayai mengalami kesukaran untuk bernafas dan berpeluh selepas kemalangan itu.

"Dia dipercayai maut serta-merta di tempat kejadian," katanya.

Chandra berkata pemandu kenderaan lain yang juga bekerja sendiri dalam usia 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata lelaki itu memberitahu polis bahawa dia memandu di lorongnya apabila sebuah kereta dengan secara tiba-tiba terlanggar belakang keretanya.

Dia kemudiannya memaklumkan kepada polis apabila mendapat lelaki di dalam kereta lain tidak sedarkan diri.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Umno Payung Bukan Melayu - Zahid

Artikel Lain