suria

'Standing Ovation' Buat Jentera Shahrizat

KUALA LUMPUR: Keseluruhan perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 merakamkan penghargaan kepada jentera Wanita Umno yang menjadi tulang belakang parti itu khususnya setiap kali menjelang pilihan raya.

Disifatkan sebagai ‘ibu’ perjuangan Umno, sayap parti pimpinan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil itu diberi tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ oleh 2,729 perwakilan serta pemerhati yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Tan Sri Ijat (Shahrizat) ini, dia kalau berjumpa saya memang bersemangat orangnya dalam menyuarakan harapan dan kepentingan Wanita sebagai tulang belakang parti supaya kita menunjukkan penghargaan dan tanda hormat kepada perjuangan wanita.

“Jadi ayuhlah kita semua, dengan penuh semangat, beri tepukan penghargaan yang gemuruh sebagai tanda kasih dan penghargaan, khusus kepada Wanita Umno,” kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Khamis.

Selain itu, bagi menghargai sumbangan jentera pilihan raya Wanita Umno yang bergerak atas nama Jalinan Rakyat atau JR, Najib turut mengumumkan Skim Perlindungan kepada 223,000 anggotanya.

Program JR yang menggantikan kumpulan berkempen K-10 diwujudkan Wanita Umno bagi memperkukuhkan jentera pilihan raya pergerakan itu sejak 2009.


Shahrizat, Najib, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain