suria

Tanah Runtuh: Laporan Susulan Minggu Depan

SERENDAH: Keputusan sama ada kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah selamat diduduki semula atau tidak hanya akan diketahui minggu depan.

Pegawai Daerah Hulu Selangor Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata keputusan itu akan diketahui selepas pasukan geofizik Jabatan Mineral dan Geosains selesai menjalankan siasatan dan mengeluarkan laporan lengkap kepada Jabatan Kerja Raya (JKR). 

JKR memerlukan laporan komprehensif seperti kajian pergerakan tanah, kerintangan, aliran air bawah tanah dan struktur forensik sebelum membenarkan mangsa pulang ke rumah masing-masing, katanya kepada pemberita di Balai Raya Kampung Dato Harun, Serendah di sini Khamis.

Mohd Fauzi berkata setakat ini, kerja-kerja pembaikan sementara seperti penanaman cerucuk 'Sheet Pile', pemasangan tembok Gabion, penambakan pasir dan menghampar tanah telah siap sepenuhnya tetapi pembaikan kekal belum dimulakan lagi. - BERNAMA

Serendah, JKR

Artikel Berikut

KJ Pilih Azwan Bro

Artikel Lain