suria

Najib Hadir Himpunan Solidariti Rohingya Esok

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta pucuk pimpinan parti menjulang tangan pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kehadirannya ke Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya pada Ahad didorong faktor kemanusiaan dan sejagat.

Menurut Perdana Menteri, beliau tetap akan menghadiri perhimpunan berkenaan bagi membantah kekejaman terhadap etnik itu walaupun diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan dalam Myanmar.

“Ini bukan soal campur tangan dalam isu Myanmar. ini adalah soal kita pertahankan nilai kemanusiaan dan nilai universal.

"InsyaAllah esok Najib Razak, Presiden Umno akan hadir. Saya tak akan berganjak seinci pun. Najib Razak wakili tiga juta ahli Umno, ini pendirian kita...ini parti yang berjiwa besar,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2016, Sabtu.

Pendirian yang dinyatakan Najib itu turut disambut tepukan gemuruh dan laungan Allahuakbar oleh perwakilan yang berdiri sebagai tanda sokongan.

Terdahulu, Najib memberitahu pejabat Perdana Menteri Myanmar telah mengeluarkan kenyataan menganggap Malaysia campur tangan dalam isu berkenaan jika beliau menghadiri perhimpunan pada Ahad.

Tambah Najib keprihatinan berhubung isu kekejaman terhadap etnik Rohingya tidak boleh dianggap sebagai masalah dalaman kerana ia turut memberi kesan kepada Malaysia.

“Macam mana dia kata ini urusan dalaman sebab kalau dia tak selesaikan masalah itu, mereka ini akan jadi orang pelarian ke Malaysia.

“Mengikut rekod seramai 56,000 orang Rohingya dan Myanmar yang memegang kad UNHCR yang kita tahu berada di Malaysia,” katanya
Umno, Najib, Rohingya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain