suria

Rumah Imam Dipecah Masuk, Harta Benda Dimusnah

Gambar hiasan.

TANAH MERAH: Rumah seorang imam di Kampung Air Merah, Batu Gajah di sini dipecah masuk dan harta bendanya dirosakkan pada Jumaat.

Perbuatan itu dikatakan dilakukan enam individu.

Mohd Adanan Said, 35, berkata dalam kejadian kira-kira 1.20 pagi itu, beliau dan isteri serta dua anaknya sedang tidur.

"Saya terus bangun selepas terdengar suara beberapa orang di dalam rumah saya. Mereka kemudiannya membuka pintu bilik dan menerkam ke arah saya.

"Nasib baik, sepas saya memaklumkan mereka mungkin tersalah rumah, mereka pun beredar dari situ dengan menaiki kereta," katanya.

Pada Jumaat di kampung berkenaan, seorang penarik kereta maut ditetak oleh sekumpulan individu yang menyamar sebagai anggota polis. - BERNAMA


rumah imam, jenayah

Artikel Lain