suria

Kren Tumbang Di Bandar Damansara Perdana

PETALING JAYA: Satu unit jentera kren tumbang di tapak pembinaan dekat Bandar Damansara Perdana pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan insiden itu dengan berkata kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak pembinaan di hadapan bangunan LHDN dekat Empire Bandar Damansara Perdana.

Jelas beliau, jabatan itu menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2 petang.

"Lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. Tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu," katanya.

Terdahulu, sekeping gambar kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di Damansara dimuat naik di laman media sosial oleh pengguna jalan raya.

"Saya sedang memandu dekat PJ Trade Centre. Insiden berlaku di seberang Trade Centre. Saya percaya ia projek pembinaan baharu," katanya ketika dihubungi.




Artikel Lain